Alhamdulillah, ramai artis Malaysia yang melahirkan cahaya mata pada tahun 2026 ekoran ramai yang sedang hamil pada tahun 2025.
Jadi, berikut adalah senarai Artis Malaysia Dikurniakan Anak Sepanjang Tahun 2026.
Min akan update senarai ni dari masa ke semasa di sini dan juga di FB Page Kisah Artis Malaysia.
Kalau ada nama tertinggal dalam senarai ni, korang boleh komen di bawah.
Siti Saleha
Pada 13 Januari 2026, Siti Saleha berkongsi berita kelahiran cahayamatanya menerusi sebuah video di Instagram. Beliau turut memperkenalkan puteranya itu kepada dunia dengan kapsyen ringkas, "Hello, my name is Indra."
Walau bagaimanapun, Siti Saleha dan suaminya, Joshua Fitton, tidak berkongsi butiran lanjut mengenai tarikh tepat mahupun waktu kelahiran bayi tersebut.
Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 15 Februari 2025 dan sebelum ini telah berkongsi khabar gembira mengenai kehamilan tersebut kepada umum pada 30 Julai 2025.
Shahidan Izwan
Pada 22 Februari 2025, pelakon Shahidan Izwan sah bergelar suami kepada pilihan hatinya, Momoy Rahman, dengan sekali lafaz.
Isteri Shahidan Izwan sedang hamil anak sulung mereka. Shahidan berkongsi berita gembira ini selepas mereka berdua selamat dalam satu kemalangan kenderaan pada September 2025.
Pasangan ini selamat menerima cahaya mata pertama bayi lelaki pada Isnin 5 Januari 2026.



Post a Comment
0 Comments