Innalillahiwainnailaihirojiun. Salam takziah buat seluruh ahli keluarga Nadiah Kasumawati binti Abdul Karim.

Misteri kehilangan pelakon tersebut akhirnya terjawab apabila Allahyarhamah dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung. Beliau difahamkan telah dikejarkan ke hospital pada hari yang sama sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Jeddah.

Sebelum ini, Allahyarhamah Nadia dilaporkan gagal dikesan selepas penerbangannya dari Kuala Lumpur ke London, United Kingdom (UK) transit di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz pada 15 Januari lalu.

Suami Allahyarhamah, Prof. Dr. Muhammad Kamarul Kabilan Abdullah yang merupakan pensyarah di Universiti Sains Malaysia (USM), telah dimaklumkan mengenai berita duka tersebut oleh pihak Wisma Putra malam tadi. Untuk rekod, hasil perkongsian hidup bersama suaminya, Allahyarhamah dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Tadi sempat melihat hantaran 'throwback' daripada rakan artis, Ainina Ahmad B. Arwah Nadia rupanya pernah menghadiahkan sebentuk cincin emas kepada arwah anak istimewa Ainina, Nur Ara Elisya, sempena ulang tahun kelahirannya pada Jun tahun lalu.


Baru teringat, tahun lepas min ada menonton video perkongsian arwah Nadia Kesuma sewaktu pemergian arwah Nur Elisya. Masa itu hati terdetik betapa mulianya hati beliau kerana sudi menghadiahkan sebentuk cincin emas buat anak istimewa itu.

Orang yang baik dan pemurah ini memang disayangi ramai.

Sama-sama kita doakan semoga roh Allahyarhamah Nadia Kesuma dan Allahyarhamah Nur Ara Elisya dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.