Kerjaya sebagai penyampai radio bukanlah semudah yang disangka. Artis Malaysia kelahiran program realiti komedi menjadi penyampai radio silih berganti, tetapi tak ramai yang betul-betul bertahan dalam dunia ini. 

Ada yang berhenti kerana mahu fokus pada perniagaan, ada yang tamat kontrak, dan ada juga yang berehat seketika.

Berikut adalah senarai barisan Artis Malaysia Kelahiran Program Realiti Komedi yang masih setia menjadi penyampai radio sehingga kini :

Johan merupakan pemenang tempat ketiga dalam program realiti Raja Lawak Musim 1. Kini, beliau semakin dikenali sebagai penyampai radio menerusi segmen Bekpes Hot di stesen radio Hot FM.




Nabil Ahmad merupakan Juara Raja Lawak Musim 2. Beliau kini bertugas sebagai penyampai radio bagi segmen 3 Pagi ERA di stesen radio ERA.



Jep Sepahtu merupakan Juara Raja Lawak Musim 3 bersama Kumpulan Sepah. Kini, beliau merupakan salah seorang penyampai radio bagi segmen Pagi Di SINAR di stesen SINAR FM.



Rahim merupakan Naib Juara Raja Lawak Musim 5 menerusi Kumpulan R2. Beliau kini merupakan salah seorang tonggak utama bagi segmen Pagi Di SINAR di stesen radio SINAR FM.



Issey merupakan pemenang tempat ketiga dalam program Bintang Mencari Bintang menerusi Kumpulan Titan. Kini, beliau berkhidmat sebagai penyampai radio bagi segmen Bro Pagi Gegar di stesen THR Gegar.



Chiwan merupakan bakat yang lahir daripada program Raja Lawak Musim 5 menerusi Kumpulan Bobo. Kini, beliau merupakan penyampai radio bagi segmen Suria Petang di stesen Suria FM.



Ajak merupakan Juara Raja Lawak Musim 6 menerusi Kumpulan Shiro. Beliau kini bertugas sebagai penyampai radio bagi segmen Pagi On Suria di stesen Suria FM.


Fad (Suria FM): Merupakan peserta Raja Lawak Musim 6 daripada Kumpulan Selak dan kini turut menjadi penyampai bagi segmen Pagi On Suria di Suria FM.