Dunia seni tanah air baru-baru ini dikejutkan dengan khabar duka mengenai kesihatan beberapa Artis Malaysia yang disahkan menghidap kanser. 

Terbaru, pengacara dan penghibur, Helmi Gimmick, mendedahkan dirinya sedang berjuang melawan kanser buah pinggang tahap empat dan dijadualkan menjalani pembedahan pada minggu ini (8 Januari 2026). 

Jadi min nak senaraikan barisan artis Malaysia yang kini sedang dalam pemantauan serta menjalani rawatan kanser.

Helmi Gimmick - Kanser Buah Pinggang Tahap Empat

Selepas menjalani pemeriksaan terperinci melalui MRI dan X-ray pada September 2025, penghibur dan pengacara Helmi Gimmick menerima khabar duka apabila disahkan menghidap kanser buah pinggang tahap empat.

Sebagai langkah rawatan, beliau bakal menjalani pembedahan besar untuk membuang buah pinggang kirinya pada hari Khamis ini, 8 Januari 2026


Shahronuzam Noor - Kanser Tulang Tahap Dua

Pelakon Shahronizam Noor disahkan menghidap kanser tulang tahap dua pada 27 November 2025 selepas keputusan biopsi menunjukkan ketumbuhan pada bahagian tulang belikat (scapula) bersifat malignan.

Berita duka tersebut disahkan sendiri oleh isterinya yang juga merupakan pelakon dan penyanyi, Safura Yaacob.


Elyana - Kanser Limfoma Tahap Empat

Setelah sekian lama berjuang melawan kanser limfoma sejak 2010 dan diisytiharkan bebas pada 2021, penyanyi Elyana sekali lagi diuji.

Melalui perkongsian terbaru pada Disember 2025, beliau mendedahkan kini kembali menjalani rawatan kemoterapi.

Keputusan itu dibuat sebagai langkah berjaga-jaga selepas sel kanser didapati berpotensi untuk aktif semula.



Post penuh sini :


Meskipun diuji dengan kesakitan yang berat, semangat mereka untuk sembuh tetap membara. Mari kita sama-sama titipkan doa buat kesembuhan mereka.

"Ya Allah, angkatlah kesakitan mereka, permudahkanlah urusan rawatan mereka dan kurniakanlah kesembuhan yang sempurna buat mereka semua. Amin." 🤲❤️