Baru tadi, penyanyi Akim Ahmad telah memuat naik perkongsian ilmu yang diperoleh daripada pesan ayahnya, iaitu kepentingan mengambil wuduk dengan sempurna demi mendapatkan solat yang khusyuk.

Menurut ayah Akim, ketika berwuduk, janganlah membazirkan air; sebaliknya, buka paip air secara perlahan sahaja.

Menariknya, seorang pengikut Akim telah berkongsi cerita bahawa ayahnya sendiri pernah melihat Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz berwuduk dengan menggunakan air yang sedikit, namun dilakukan dengan penuh tertib.

Untuk pengetahuan semua, Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz telah kembali ke rahmatullah pada 12 Februari 2015 pada usia 84 tahun. Beliau menghembuskan nafas terakhir pada jam 9:40 pagi di kediamannya di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu.

Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz 🤲

Terima kasih Akim Ahmad. Semoga Allah melipatgandakan pahala Akim kerana berkongsi peringatan dan ilmu yang bermanfaat ini.