Alhamdulillah, setelah tiga tahun turun naik mahkamah, kes tuntutan hadhanah antara pelakon Fatin Afeefa dan bekas suaminya yang juga pelakon, Adam Shahz, akhirnya menemui titik noktah.
Menerusi perkongsian di laman Instagramnya, Fatin menyatakan bahawa fokus utamanya kini hanyalah kesejahteraan anak perempuan mereka, Ivy. Tegasnya, suara Ivy juga perlu diutamakan dan anak itu berhak untuk didengari. Justeru, beliau berharap kedua-dua pihak dapat menjalankan tanggungjawab masing-masing dengan sebaik mungkin demi masa depan Ivy.
Untuk makluman, Fatin Afeefa dan Adam Shahz mendirikan rumah tangga pada 21 Disember 2012 sebelum mengambil keputusan untuk berpisah sekitar tahun 2017. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ivy Herra Sophia.
Selepas mendirikan rumah tangga dengan usahawan, Aliff Awang, pada 30 Disember 2022 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Jibril, Fatin mula memperlahankan aktiviti seni. Pada 20 Mei 2024, beliau secara rasminya mengumumkan persaraan daripada dunia lakonan dan nyanyian pada usia 30 tahun atas permintaan suami, demi memberikan fokus sepenuhnya kepada keluarga.
Semoga dengan selesainya kemelut ini, Fatin Afeefa dan Adam Shahz dapat menjalankan tanggungjawab sebagai ibu bapa bersama (co-parenting) dengan harmoni. Didoakan agar mereka berdua diberikan kekuatan dan kesabaran untuk membesarkan Ivy dengan kasih sayang yang secukupnya serta mendidik anak itu menjadi insan yang berjaya dunia dan akhirat.
.png)
.png)
Post a Comment
0 Comments