Patut Ramai Sayang Arwah Nadia Kesuma, Hadiahkan Cincin Emas Bukti Pemurah
Innalillahiwainnailaihirojiun. Salam takziah buat seluruh ahli keluarga Nadiah Kasumawati binti Abdul Karim. Misteri kehilangan pelakon tersebut akhirnya terjawab apabila Allahyarhamah dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung. Beliau difahamkan telah dikejarkan ke hospital pada hari yang sama sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Jeddah. Sebelum ini, Allahyarhamah Nadia dilaporkan gagal dikesan selepas penerbangannya dari Kuala Lumpur ke London, United Kingdom (UK) transit di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz pada 15 Januari lalu. Suami Allahyarhamah, Prof. Dr. Muhammad Kamarul Kabilan Abdullah yang merupakan pensyarah di Universiti Sains Malaysia (USM), telah dimaklumkan mengenai berita duka tersebut oleh pihak Wisma Putra malam tadi. Untuk rekod, hasil perkongsian hidup bersama suaminya, Allahyarhamah dikurniakan tiga orang cahaya mata. Tadi sempat melihat hantaran 'throwback' daripada rakan artis, Ainina Ahmad B. Arwah Nadia rupanya pernah menghadiah...